Saturday, 15 May 2010

Selamat Hari Lahir Buat Isteriku 2010

Selamat Hari Lahir buat Sayang dan juga Nabil. Ini video ummi...Nabil jangan marah tau nanti abah buatkan video Nabil pulak yer....

Buat isteriku,

Semoga diulangtahun ini sayang sentiasa diberikan kekuatan oleh Allah SWT dalam mengharungi segala cabaran yang dilalui. Yakinlah kesabaran ini insyaAllah akan diberikan ganjaran yang tidak terhingga kelak sehinggakan kepayahan yang dilalui ketika ini akan tampak manisnya pada saat itu. Begitulah Allah memberikan ganjaran pada hambaNya yang sentiasa bersangka baik pada Nya. Walaupun ketika ini sedang berjauhan, namun, sayang tetap dekat malah tersemat di dalam ingatan serta kasih sayang kami di sini. Abh dan anak-anak amat menyayangi Ummi.

Selamat Hari Lahir Ummi...Semoga terhibur dengan klip video ini


video

No comments: