Saturday 29 November 2008

Ronda-ronda ke Abraham Height Derbyshire-4














Tibalah masa balik rumah setelah seharian kat sini. Harap seronoklah anak-anak sebelum mula semula bersekolah selepas seminggu bercuti.

Ronda-ronda ke Abraham Height Derbyshire-3








Aqil dan Nabil bukan main asyik meninjau pemandangan dengan teropong masing-masing. Pemandangan di puncak Abraham Height dan juga semasa lawatan ke dalam bekas lombong di situ. Mencabar dan meletihkan juga lawatan ke lombong ni...bukannya apa....laluan dahlah sempit kena dukung Hajidah sepanjang tu plak....sabar ajelah. Macam mana pun pengalaman yang menarik.

Ronda-ronda ke Abraham Height Derbyshire-2








Saat-saat menaiki cable car ceria dan bagi aku yang gayat tinggi ni...rasa cuak juga mula-mula tu. Tapi ok aje bila dah naik...semuanya happy aje. Pemandangannya memang cantik terutamanya bila melalui atas sungainya yang bersih dan mengalir hening. Sungguh indah ciptaan Allah SWT.

Ronda-ronda ke Abraham Height Derbyshire-1
















Ambil peluang bergambar sebelum menaiki cable car ke puncak Abraham Heght. Tempat ni lebih kurang 1 jam perjalanan dari Loughborough ke bandar kecil Matlock Bath, Derbyshire. Sebuah bandar kecil di kaki bukit yang dikenali sebagai Abraham Height. Selepas bergambar inilah Arif menangis ketakutan ingatkan kami dah tinggalkan dia kat kaki bukit naik cable car. Kesian...Arif....







Berkunjung ke rumah terbuka di Loughborough







Sambutan hari raya di Loughborough memang biasa disambut dengan jemputan rumah terbuka. Hmm...bab-bab makan memang kita orang tak pernah tolak....sambut dengan perut yang keroncong......:). Boleh makan puas-puas.....

Ceria di Aidilfitri 08







Seronoknya semua bila pakai baju raya..... tapi.....tentunya lebih seronok jika bersama sanak saudara di kampung halaman...
















Sunday 23 November 2008

Majlis Berbuka Puasa Masyarakat Melayu Loughborough (Community Hall, Kegsworth)



Majlis berbuka puasa di Kegsworth Community Hall. Acara tahunan apabila menjelangnya Ramadhan di kalangan Masyarakat Melayu di Loughborough. Pelbagai juadah dan hidangan disediakan secara 'potluck' melambangkan konsep perkongsian di dan kerjasama dikalangan ahli masyarakat.

Taufu Fa pertama kali dihasilkan sendiri oleh Ummi di UK


Hmm..ini merupakan hidangan taufu fa pertama kali yang berjaya dibuat sendiri oleh ummi di UK ini. Isshh...dapat juga melepaskan kerinduan membeli taufu fa di pasar malam Taman U. Amacam...mau order?