Friday 14 October 2011

Kini telah 10 bulan berlalu...setelah kami kembali ke tanahair

Assalamualaikum,

Kini telah 10 bulan kami berada kembali di tanahair tercinta Malaysia. Keadaan yang kelam kabut sebelum ini, kelihatannya sudah mula terasa sedikit reda. Anak-anak sudah mula menunjukkan minat ke sekolah, dan kini langkah seterusnya ialah memantapkan pengetahuan mereka terutamanya Aqil dan Nabil yang terus aje masuk darjah 3 dan 4 untuk seiring dengan rakan-rakan yang lain.

Cabaran menghadapi suasana kembali semula di Malaysia bukan sahaja perlu dihadapi oleh kami orang tua mereka, malah, anak-anak juga terpaksa menghadapinya secara fizikal dan emosi. Segalanya amat berbeza berbanding apa yang perlu mereka lalui 4 tahun yang lalu semasa di UK. Berat mata memandang...berat lagi bahu memikul. Namun, tingginya nilai sebutir mutiara adalah disebabkan tempat lahirnya di tengah lautan yang penuh gelora dan bahaya. Membezakan ia daripa butiran batu dan pasir yang penuh berserakan di tepian pantai.