Friday 4 December 2009

Ummi Balik Malaysia 1

Hari ini hari kedua Ummi tiada di UK. Hari kedualah Abah melayan anak-anak Abah yang comel2 tetapi kadangkala menjengkelkan juga. Terutamanya apabila disuruh bersiap untuk ke sekolah. Bagi Aqil, Nabil, dan Arif ini merupakan kali kedua mereka ditinggalkan dan mungkin juga sudah memahami Ummi balik Malaysia sebab ada kerja. Hajidah pulak tak pastilah apa yang ada dalam fikirannya...mungkin dia ingat Ummi takde sebab pergi study macm selalunya. Tapi dia nampak Umminya semasa di ruang departure Terminal 4 Heathrow Airport. Entahlah...mungkin juga dia dah cukup besar untuk memahami bahawa adakalanya Ummi atau Abahnya terpaksa outstation demi manjalankan tanggungjawab masing-masing.
Semalam aku masakkan nasi goreng kampung dan mee goreng. Hmmm...dah lama tak masak...bolehlah jugak....cuma Aqil complaint....'Tak pedaslah Abah...nasi goreng kampung tu....tak macam nasi goreng kampunglah...pedas baru sedap'. Aku hanya tersenyum sendiri.....walaupun duduk kat UK....tapi pandai pulak dia menilai nasi goreng kampung tu macam mana. Dia dah biasa kalau Ummi di masak memang kalau tak rasa lada tak sah....jadi budak-budak ni pun dah biasa lidahnya nak pedas jugak.

Hari ini pulak aku masak Daging Sweet Sour....Aah...campak-campak aje.....sedaplah jugak. Bukan puji diri sendiri tapi buda kata ok....oklah kot. Jadual memang penuh sebab semua kena buat sendiri tapi kalau budak-budak ni tak bergaduh ok ajer....Kalau nak buat kerja study kena tunggu diaorang tidurlah nampaknya sebab payah nak concentrate...sekejap-sekejap ada yang menangis....hmm...biasalah....nama pun budak-budak. Sekarang ni pun Aqil tengah menangis sebab tak dapat pakai laptop dia....biasalah Hajidah kalau dah kata itu...itulah..orang lain tak boleh nak kata apa.
Baik aku suruh diaorang tidur awal.....kalau tak memang malam butalah baru tidur sebab tahu esok tak sekolah. Masing-masing tengah memegang pensil dan kertas.....Nabil sibuk buat drawing dan lepas tu cuba tulis exeplanationnya....Arif pun begitu juga. Hajidah pulak kesian kat abang dia, mengalah dan buat aktiviti lain pulak. Senyap seketika masing-masing dengan fikiran dan aktiviti sendiri.