Wednesday 31 December 2008

Beriadah di Twinlake Park, Melton Mowbray.











Sempena cuti sekolah bawak anak-anak ke Twinlake Park. Bagi memberi ruang melepaskan tenaga yang terpendam sebab asyik memerap kat rumah aje masa week days. Kesian sebab abah dan emak dia orang sibuk dengan study...inilah pengorbanan anak-anak yang tercinta kepada kepada kedua ibubapa demi negara.




Lawatn Ke Zoo Twycross, Leicestershire












Sebahagian daripada aksi-aksi yang sempat dirakam semasa lawatan ke Twycros Zoo sempena cuti sekolah. Menarik tapi rasanya menarik lagi Zoo Taiping atau Zoo Melaka. Kesimpulannya banyak spesies monyet yang dipelihara di zoo ini.



Saturday 29 November 2008

Ronda-ronda ke Abraham Height Derbyshire-4














Tibalah masa balik rumah setelah seharian kat sini. Harap seronoklah anak-anak sebelum mula semula bersekolah selepas seminggu bercuti.

Ronda-ronda ke Abraham Height Derbyshire-3








Aqil dan Nabil bukan main asyik meninjau pemandangan dengan teropong masing-masing. Pemandangan di puncak Abraham Height dan juga semasa lawatan ke dalam bekas lombong di situ. Mencabar dan meletihkan juga lawatan ke lombong ni...bukannya apa....laluan dahlah sempit kena dukung Hajidah sepanjang tu plak....sabar ajelah. Macam mana pun pengalaman yang menarik.

Ronda-ronda ke Abraham Height Derbyshire-2








Saat-saat menaiki cable car ceria dan bagi aku yang gayat tinggi ni...rasa cuak juga mula-mula tu. Tapi ok aje bila dah naik...semuanya happy aje. Pemandangannya memang cantik terutamanya bila melalui atas sungainya yang bersih dan mengalir hening. Sungguh indah ciptaan Allah SWT.

Ronda-ronda ke Abraham Height Derbyshire-1
















Ambil peluang bergambar sebelum menaiki cable car ke puncak Abraham Heght. Tempat ni lebih kurang 1 jam perjalanan dari Loughborough ke bandar kecil Matlock Bath, Derbyshire. Sebuah bandar kecil di kaki bukit yang dikenali sebagai Abraham Height. Selepas bergambar inilah Arif menangis ketakutan ingatkan kami dah tinggalkan dia kat kaki bukit naik cable car. Kesian...Arif....







Berkunjung ke rumah terbuka di Loughborough







Sambutan hari raya di Loughborough memang biasa disambut dengan jemputan rumah terbuka. Hmm...bab-bab makan memang kita orang tak pernah tolak....sambut dengan perut yang keroncong......:). Boleh makan puas-puas.....

Ceria di Aidilfitri 08







Seronoknya semua bila pakai baju raya..... tapi.....tentunya lebih seronok jika bersama sanak saudara di kampung halaman...
















Sunday 23 November 2008

Majlis Berbuka Puasa Masyarakat Melayu Loughborough (Community Hall, Kegsworth)



Majlis berbuka puasa di Kegsworth Community Hall. Acara tahunan apabila menjelangnya Ramadhan di kalangan Masyarakat Melayu di Loughborough. Pelbagai juadah dan hidangan disediakan secara 'potluck' melambangkan konsep perkongsian di dan kerjasama dikalangan ahli masyarakat.

Taufu Fa pertama kali dihasilkan sendiri oleh Ummi di UK


Hmm..ini merupakan hidangan taufu fa pertama kali yang berjaya dibuat sendiri oleh ummi di UK ini. Isshh...dapat juga melepaskan kerinduan membeli taufu fa di pasar malam Taman U. Amacam...mau order?

Tuesday 26 August 2008

Bila bumi dilitupi salju


Salji di tahun 2008

Nabil di Perhimpunan Robert Bakewell School July 2008


Perhimpunan sebelum bermulanya cuti summer 2008. Cuti panjang ler.........dia orang.

Wednesday 21 May 2008

Hajidah and Power Rangers


Jangan takut ni cuma Power Ranger aje....

Apa khabar semua?..Jom main lompat-lompat ngan Hajidah kat sini.....

Tuesday 20 May 2008

Gelagat Aqil dan Nabil di sekolah

Suasana di pagi hari sebelum kelas bermula
Aqil ceria di pintu hadapan kelasnya
Ruang menyimpan kasut dan jaket Year 1 dan Year 2
Aqil menyapa rakan sekelas Rahimi yang belum boleh keluar slagi ayahnya belum sampai
Nabil memang ceria bila balik sekolah

Arif ke Playgroup Robert Bakewell School

Arif bersama Tweenies begnya yang cute
Di hadapan bangunan plagroup sementara menunggu kelas bermula. Arif memang semangat bila nak ke sekolah...
Mana ni orang lain.....takkan Arif ngan Hajidah aje yang ada kat sini...

Menggayakan Baju Melayu




Terima kasih kepada semua yang mengirimkan baju Melayu kepada kami di sini. Suasana hari raya yang lalu begitu dirasakan. Sekalipun sedih berjauhan dengan kaum keluarga di tanahair tetapi ingatan yang diberikan menjadi pengubat rindu kami di sini.

Nabil dengan Baju Superheronya yang Terkini


Selamat Hari Lahir Ummi yang ke 33 dan Nabil Yang ke 6 Tahun pada 1 Mei 2008 yang lalu. Aqil dan Arif tumpang tuah beli hadiah juga. Kesempatan ini juga kami ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru serta para pendidik di Malaysia yang tercinta



Tuesday 1 April 2008

Tahniah Buat Aqil...Congratulation To Aqil


Tahniah pada Aqil kerana menerima Achievement Award Winner March 2008 daripada Robert Bakewell Primary School (Congratulation to Aqil for the Achievement Award Winner March 2008 from Robert Bakewell Primary School)