Tuesday 25 May 2010

Alhamdulillah atas kurniaan Illahi dalam Viva

Hari ini...25 Mei 2010 pada detik hampir jam 1 tengahari berakhirlah Viva voice yang aku lalui hampir selama 2 jam termasuk 15 minit pembentangan di awal sesi. Para panel pemeriksa terdiri daripada Prof. Richard Kimbell, University of London (External) dan Dr Richard Bibb , Loughborough University. Tony Hodgson selaku supervisor yang kedua turut hadir sebagai pemerhati. Alhamdulillah sesi soal jawab berjalan dengan lancar dan harmoni. Ingat lagi kata-kata supervisor pertama ku Prof Eddie Norman, 'Response to the questions positively...'. Keputusan viva adalah Passed with corrections. Syukur alhamdulillah, correction yang diminta tidaklah banyak...hanya beberapa typos error dan sedikit tambahan pada conclusion bagi memenuhi komen daripada External examiner yang berpandangan bahawa research ini sangat berfaedah kepada design area tetapi 'under sold'.

Kepada semua terima kasih atas sokongan yang diberikan terutamanya pada isteri, anak-anak, emak, abah, emak mertua, bapa mertua, adik-beradik serta yang lainnya samada secara langsung atau tidak langsung. Kejayaan ini amat menggembirakan tetapi bukan untuk dibanggakan kerana bersamanya ada beban amanah daripada Allah SWT Pemilik Segala Ilmu di alam ini. Buat isteriku...teruskan usaha mu insyaAllah...kejayaan akan menyusul dalam masa yang terdekat Amin.

No comments: