Tuesday, 25 May 2010

Alhamdulillah atas kurniaan Illahi dalam Viva

Hari ini...25 Mei 2010 pada detik hampir jam 1 tengahari berakhirlah Viva voice yang aku lalui hampir selama 2 jam termasuk 15 minit pembentangan di awal sesi. Para panel pemeriksa terdiri daripada Prof. Richard Kimbell, University of London (External) dan Dr Richard Bibb , Loughborough University. Tony Hodgson selaku supervisor yang kedua turut hadir sebagai pemerhati. Alhamdulillah sesi soal jawab berjalan dengan lancar dan harmoni. Ingat lagi kata-kata supervisor pertama ku Prof Eddie Norman, 'Response to the questions positively...'. Keputusan viva adalah Passed with corrections. Syukur alhamdulillah, correction yang diminta tidaklah banyak...hanya beberapa typos error dan sedikit tambahan pada conclusion bagi memenuhi komen daripada External examiner yang berpandangan bahawa research ini sangat berfaedah kepada design area tetapi 'under sold'.

Kepada semua terima kasih atas sokongan yang diberikan terutamanya pada isteri, anak-anak, emak, abah, emak mertua, bapa mertua, adik-beradik serta yang lainnya samada secara langsung atau tidak langsung. Kejayaan ini amat menggembirakan tetapi bukan untuk dibanggakan kerana bersamanya ada beban amanah daripada Allah SWT Pemilik Segala Ilmu di alam ini. Buat isteriku...teruskan usaha mu insyaAllah...kejayaan akan menyusul dalam masa yang terdekat Amin.

Saturday, 15 May 2010

Selamat Hari Lahir Buat Isteriku 2010

Selamat Hari Lahir buat Sayang dan juga Nabil. Ini video ummi...Nabil jangan marah tau nanti abah buatkan video Nabil pulak yer....

Buat isteriku,

Semoga diulangtahun ini sayang sentiasa diberikan kekuatan oleh Allah SWT dalam mengharungi segala cabaran yang dilalui. Yakinlah kesabaran ini insyaAllah akan diberikan ganjaran yang tidak terhingga kelak sehinggakan kepayahan yang dilalui ketika ini akan tampak manisnya pada saat itu. Begitulah Allah memberikan ganjaran pada hambaNya yang sentiasa bersangka baik pada Nya. Walaupun ketika ini sedang berjauhan, namun, sayang tetap dekat malah tersemat di dalam ingatan serta kasih sayang kami di sini. Abh dan anak-anak amat menyayangi Ummi.

Selamat Hari Lahir Ummi...Semoga terhibur dengan klip video ini


Wednesday, 12 May 2010

Video Hari Ibu 2010

Selamat Hari Ibu


Saturday, 8 May 2010

Video klip kenangan musim dingin di UK

Kenangan musim dingin ....nampak seronok....tapi sejuknya...hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui. Tapi bila me

Semoga terhibur......


Selamat Berjuang Isteriku dan Selamat Hari Lahir Buat Ku

Salam Pena,

Saat dan tika ini, suasana begitu sepi sekali. Bumi yang sememangnya dingin ini terasakan semakin dingin sekali. Tiada lagi kedengaran deruman kereta....tiada lagi kedengaran jerit tawa dan kadangkala sesekali tangisan anak-anak. Semuanya lena diulit mimpi setelah seharian berpenat lelah bersekolah dan bertawa senda. Tika ini aku masih lagi menghadap komputer riba ku sambil jari jemariku mengetuk butang-butang paparan kekunci meluahkan isi mindaku.

Isteriku....
Disaat ini aku harap kau telah pun mampu melenakan dirimu setelah berhari-hari menatap kajianmu. Aku mengerti betapa terasa dirimu letih dan lesu ditambah pula ketika sedang berbadan dua. Namun, semangat juang mu terus menyala mencari lorong-lorong kejayaan. Walau acapkali kau meluahkan rasa tidak terdaya...namun, aku kenal dirimu...kau bukanlah wanita yang mudah tunduk pada rasa kecewa atau putus asa. Kau umpama pepohon yang adakalanya terliak-liuk ditiup angin....namun akarmu menggenggam ke bumi...pabila angin reda membadai. Pohon mu berdiri gagah penuh megah. Kau adalah srikandi yang berjuang dimedan ilmu. Senjatamu adalah minda dan tinta. Jika perwira negara dikalungkan pingat kebesaran tanda jasa. Namun, pengorbanan mu tiada siapa yang mengerti dan tahu...saksinya hanyalah insan-insan yang menyayangi dirimu...yang lebih tahu akan susah payahmu.

Aku....
Kini telah genap melewati setahun lagi anugerah kehidupan dari Illahi. Syukur...Ya Allah di atas segala nikmat yang Engkau berikan. Sekalipun aku hamba yang hina ini...seringkali tidak upaya melaksanakan tanggungjawabku sebagai khalifah di bumi ini. Kau Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...disebalik sifat lalai dan lekaku...anugerahMu tidak putus-putus dan henti-henti. Betapa Agung kasih Tuhan kepada hambaNya....terlalu besar dan tidak ternilai berbanding petunjuk kasih hamba kepada Nya. Dimalam hari ulang tahun kelahiran ku....aku merenung diri memohon petunjuk Illahi agar dijadikan aku dan keluargaku yang tercinta ini sebagai hambaNya yang terpilih.

Lalu ku ucapkan Selamat Berjuang Isteriku dan Selamat Hari Lahir buat diriku. Semoga Allah SWT memberkati kedua ibubapaku...ibubapa mertuaku...isteriku...anak-anakku...kaum keluargaku...serta mereka yang menyayangi diriku...Amin...Amin...Ya Robbal Alamin.

Nukilan rasa seorang manusia yang diberikan nama oleh kedua ibubapanya Aede Hatib.