Salam pena,
Suasana yang dingin teramat sangat mula kembali terasa setelah suasana musim panas yang hanya mungkin sekadar suam meninggalkan bumi UK ini. Kepala yang dipenuhi dengan asakan pelbagai fikiran mula menampakkan lelahnya setelah sekian lama membentengi jasad serta kudrat ku. Beginilah hidup sebagai perantau asing di bumi atas angin yang wataknya indah jika sekadar di sapa sekali sekala. Tetapi bagi menjadi teman setianya akan mengerti betapa keindahan itu hanya fatamorgana yang menghiasi lautan padang pasir. Indah tetap indah tetapi apalah nilai sebuah fatamorgana.
Aku....
Aku yang dahulu kelihatan tua semakin terserlah ketuaannya. Tubuhku tidak selincah dulu....kudratku tidak sehebat dulu. Aku semakin dimamah usia.....akalku.....tidak kupasti pula sejauhmana berubahnya akal fikiranku berkadar dengan waktu yang berlalu.
Aku semakin resah melalui liku-liku hidup di sini yang sememang bersimpang siur cabaran dan dugaan yang perlu dihadapi. Ingatanku pada sanak saudara di tanahair semakin membuat rinduku membuai dan membadai. Terasa ingin ku terbang membelah awan biru menyapa mereka semua di sana.
Aku kini bagaikan seorang panglima yang masih menggunakan sisa-sisa buah fikirannya bertahan di kota perlindungannya sambil menyusun atur perancangan seterusnya ke medan jaya.
Anak-anak dan isteri ku.......maafkan daku kerana aku hanyalah insan biasa. Tubuhku yang kerdil ini adakalanya tidak mampu menyahut seruan yang memohon sokongan dan dokongan. Aku adakala terpasung dengan dunia ku sendiri yang terlupa adanya lagi dunia yang lebih realiti. Dulu aku tidak terduga berada di sini.....namun takdir Illahi mengubah suatu yang tidak tergambar menjadi realiti. Bertapaknya aku di bumi ini maka bertambahlah sudah yang bersandar membebani bahu-bahuku. Aku terus gigih berdiri walaupun semakin lama kaki ku semakin longlai dan lesu. Namun, kata hati ku terus bergegak gempita menyeru untuk aku terus berdiri....berdiri lagi.....tanpa boleh merasa untuk merebahkan diri.
Kini aku semakin sayu.....pabila anak-anak mula menzikirkan lagu.....pulanglah perantau. Acapkali menyusun jari mengira hari-hari yang perlu dilalui di bumi asing ini. Bilakah kan berakhir penantian?.....Tanpa jawapan aku menyepi...kerana semuanya tiada yang pasti. Tatkala merenung wajah-wajah mungil anak-anak ku.....hatiku berkata......apakah kebaikan yang aku hidangkan pada mereka....ataupun .......lara yang aku tatapkan buat hati mereka. Maafkan abah wahai anak-anak ku........abahmu dan ummimu adalah pejuang di bumi asing...demi agama...bangsa....dan negara. Memang adat dan lumrah pejuang......pengorbanan adalah permainannya.....walaupun pengorbanan itu buta serta tidak pernah mengenal sasarannya...hatta melangkaui kehidupan anakanda semua.
Anak-anakku dan isteriku........janganlah kita sesekali berputus asa.....walaupun bibir seribu kali hatta ratusan ribu kali menyatakan tidak sanggup lagi berdepan dengan ini semua....tetapi jiwa yang selama ini disuburi dengan jiwa pejuang tidak mungkin akan senada dan seirama dengan bibir yang tidak pernah berdegup menyemarakkan nadi kehidupan seorang pejuang......Ayuh teruskan langkah kita..padaMU Than kami berserah diri.
Saturday, 2 January 2010
Friday, 4 December 2009
Ummi Balik Malaysia 1
Hari ini ha
ri kedua Ummi tiada di UK. Hari kedualah Abah melayan anak-anak Abah yang comel2 tetapi kadangkala menjengkelkan juga. Terutamanya apabila disuruh bersiap untuk ke sekolah. Bagi Aqil, Nabil, dan Arif ini merupakan kali kedua mereka ditinggalkan dan mungkin juga sudah memahami Ummi balik Malaysia sebab ada kerja. Hajidah pulak tak pastilah apa yang ada dalam fikirannya...mungkin dia ingat Ummi takde sebab pergi study macm selalunya. Tapi dia nampak Umminya semasa di ruang departure Terminal 4 Heathrow Airport. Entahlah...mungkin juga dia dah cukup besar untuk memahami bahawa adakalanya Ummi atau Abahnya terpaksa outstation demi manjalankan tanggungjawab masing-masing.
Semalam aku mas
akkan nasi goreng kampung dan mee goreng. Hmmm...dah lama tak masak...bolehlah jugak....cuma Aqil complaint....'Tak pedaslah Abah...nasi goreng kampung tu....tak macam nasi goreng kampunglah...pedas baru sedap'. Aku hanya tersenyum sendiri.....walaupun duduk kat UK....tapi pandai pulak dia menilai nasi goreng kampung tu macam mana. Dia dah biasa kalau Ummi di masak memang kalau tak rasa lada tak sah....jadi budak-budak ni pun dah biasa lidahnya nak pedas jugak.
Hari ini pulak aku masak Daging Sweet Sour....Aah...campak-campak aje.....sedaplah jugak. Bukan puji diri sendiri tapi buda kata ok....oklah kot. Jadual memang penuh sebab semua kena buat sendiri tapi kalau budak-budak ni tak bergaduh ok ajer....Kalau nak buat kerja study kena tunggu diaorang tidurlah nampaknya sebab payah nak concentrate...sekejap-sekejap ada yang menangis....hmm...biasalah....nama pun budak-budak. Sekarang ni pun Aqil tengah menangis sebab tak dapat pakai laptop dia....biasalah Hajidah kalau dah kata itu..
.itulah..orang lain tak boleh nak kata apa.
Baik aku suruh diaorang tidur awal.....kalau tak memang malam butalah baru tidur sebab tahu esok tak sekolah. Masing-masing tengah memegang pensil dan kertas.....Nabil sibuk buat drawing dan lepas tu cuba tulis exeplanationnya....Arif pun begitu juga. Hajidah pulak kesian kat abang dia, mengalah dan buat aktiviti lain pulak.
Senyap seketika masing-masing dengan fikiran dan aktiviti sendiri.
Semalam aku mas
Hari ini pulak aku masak Daging Sweet Sour....Aah...campak-campak aje.....sedaplah jugak. Bukan puji diri sendiri tapi buda kata ok....oklah kot. Jadual memang penuh sebab semua kena buat sendiri tapi kalau budak-budak ni tak bergaduh ok ajer....Kalau nak buat kerja study kena tunggu diaorang tidurlah nampaknya sebab payah nak concentrate...sekejap-sekejap ada yang menangis....hmm...biasalah....nama pun budak-budak. Sekarang ni pun Aqil tengah menangis sebab tak dapat pakai laptop dia....biasalah Hajidah kalau dah kata itu..
Baik aku suruh diaorang tidur awal.....kalau tak memang malam butalah baru tidur sebab tahu esok tak sekolah. Masing-masing tengah memegang pensil dan kertas.....Nabil sibuk buat drawing dan lepas tu cuba tulis exeplanationnya....Arif pun begitu juga. Hajidah pulak kesian kat abang dia, mengalah dan buat aktiviti lain pulak.
Tuesday, 17 November 2009
Hakikat sebuah gunung
Salam pena,
Seringkali kita melihat gunung itu dari kejauhannya indah panoramanya. Namun, bagi sang pengembara ianya ibarat penghalang yang menyukarkan perjalanan menuju ke destinasi. Laluannya dipenuhi kepayahan pendakian yang melelahkan. Melangkahi akar-akar kayu pohon-pohon tua yang entah puluhan dan mungkin juga ratusan tahun umurnya. Sampai ke kemuncak kepayahan belum lagi hilang kelibatnya. Bermula pula liku-liku penurunan ke lembah yang langkahannya lebih sukar dan memerlukan kesabaran. Jika berada di benak fikiran sang pengembara, tentunya bermain difikiran untuk apakah gunung ini jika hanya sekadar menghalang laluan yang sepatutnya mudah tanpa kehadirannya. Namun, itulah hakikat kehidupan sebuah gunung, dipandang sepi tidak punya nilai dan erti. Sekalipun realitinya, dari kemuncak gunung inilah bermulanya mata air yang menghidupkan nyawa sungai-sungai penyumbang rezeki hidupan di dalam dan juga sekelilingya. Di dada gunung inilah tempat bertaut pepohon yang memberikan sumber kepada penghuninya yang terdiri daripada unggas, haiwan serta manusia juga. Tapi mengapa kehadirannya tidak dihargai? Jawapannya kerana, kewujudan dan berdirinya gunung dipandang dari sudut sang pengembara yang sedang lelah merintis perjalanannya, dan bukannya dari mata hati hidupan yang bergantung nyawa padanya.....Namun, itulah takdir sang gunung, pastilah gunung kan sentiasa setia berdiri mencurah baktinya, sehinggalah sampai masa gunung rebah meratapi bumi....... (Petikan: Bicara Satira)
Sunday, 25 October 2009
School Holiday Visit - Snisbston Discovery 2
School Holiday Visit - Snisbston Discovery
Saturday, 24 October 2009
Sekitar Arundel dan Brighton
Subscribe to:
Posts (Atom)