Hari ini hari kedua Ummi tiada di UK. Hari kedualah Abah melayan anak-anak Abah yang comel2 tetapi kadangkala menjengkelkan juga. Terutamanya apabila disuruh bersiap untuk ke sekolah. Bagi Aqil, Nabil, dan Arif ini merupakan kali kedua mereka ditinggalkan dan mungkin juga sudah memahami Ummi balik Malaysia sebab ada kerja. Hajidah pulak tak pastilah apa yang ada dalam fikirannya...mungkin dia ingat Ummi takde sebab pergi study macm selalunya. Tapi dia nampak Umminya semasa di ruang departure Terminal 4 Heathrow Airport. Entahlah...mungkin juga dia dah cukup besar untuk memahami bahawa adakalanya Ummi atau Abahnya terpaksa outstation demi manjalankan tanggungjawab masing-masing.
Semalam aku masakkan nasi goreng kampung dan mee goreng. Hmmm...dah lama tak masak...bolehlah jugak....cuma Aqil complaint....'Tak pedaslah Abah...nasi goreng kampung tu....tak macam nasi goreng kampunglah...pedas baru sedap'. Aku hanya tersenyum sendiri.....walaupun duduk kat UK....tapi pandai pulak dia menilai nasi goreng kampung tu macam mana. Dia dah biasa kalau Ummi di masak memang kalau tak rasa lada tak sah....jadi budak-budak ni pun dah biasa lidahnya nak pedas jugak.
Hari ini pulak aku masak Daging Sweet Sour....Aah...campak-campak aje.....sedaplah jugak. Bukan puji diri sendiri tapi buda kata ok....oklah kot. Jadual memang penuh sebab semua kena buat sendiri tapi kalau budak-budak ni tak bergaduh ok ajer....Kalau nak buat kerja study kena tunggu diaorang tidurlah nampaknya sebab payah nak concentrate...sekejap-sekejap ada yang menangis....hmm...biasalah....nama pun budak-budak. Sekarang ni pun Aqil tengah menangis sebab tak dapat pakai laptop dia....biasalah Hajidah kalau dah kata itu...itulah..orang lain tak boleh nak kata apa.
Baik aku suruh diaorang tidur awal.....kalau tak memang malam butalah baru tidur sebab tahu esok tak sekolah. Masing-masing tengah memegang pensil dan kertas.....Nabil sibuk buat drawing dan lepas tu cuba tulis exeplanationnya....Arif pun begitu juga. Hajidah pulak kesian kat abang dia, mengalah dan buat aktiviti lain pulak. Senyap seketika masing-masing dengan fikiran dan aktiviti sendiri.
Friday, 4 December 2009
Tuesday, 17 November 2009
Hakikat sebuah gunung
Salam pena,
Seringkali kita melihat gunung itu dari kejauhannya indah panoramanya. Namun, bagi sang pengembara ianya ibarat penghalang yang menyukarkan perjalanan menuju ke destinasi. Laluannya dipenuhi kepayahan pendakian yang melelahkan. Melangkahi akar-akar kayu pohon-pohon tua yang entah puluhan dan mungkin juga ratusan tahun umurnya. Sampai ke kemuncak kepayahan belum lagi hilang kelibatnya. Bermula pula liku-liku penurunan ke lembah yang langkahannya lebih sukar dan memerlukan kesabaran. Jika berada di benak fikiran sang pengembara, tentunya bermain difikiran untuk apakah gunung ini jika hanya sekadar menghalang laluan yang sepatutnya mudah tanpa kehadirannya. Namun, itulah hakikat kehidupan sebuah gunung, dipandang sepi tidak punya nilai dan erti. Sekalipun realitinya, dari kemuncak gunung inilah bermulanya mata air yang menghidupkan nyawa sungai-sungai penyumbang rezeki hidupan di dalam dan juga sekelilingya. Di dada gunung inilah tempat bertaut pepohon yang memberikan sumber kepada penghuninya yang terdiri daripada unggas, haiwan serta manusia juga. Tapi mengapa kehadirannya tidak dihargai? Jawapannya kerana, kewujudan dan berdirinya gunung dipandang dari sudut sang pengembara yang sedang lelah merintis perjalanannya, dan bukannya dari mata hati hidupan yang bergantung nyawa padanya.....Namun, itulah takdir sang gunung, pastilah gunung kan sentiasa setia berdiri mencurah baktinya, sehinggalah sampai masa gunung rebah meratapi bumi....... (Petikan: Bicara Satira)
Sunday, 25 October 2009
School Holiday Visit - Snisbston Discovery 2
School Holiday Visit - Snisbston Discovery
Saturday, 24 October 2009
Sekitar Arundel dan Brighton
Singgah ke Portsmouth....Bandar Pelabuhan
Jalan-jalan ke Hayling Island
Kenangan di Durham University 2
Pantang nampak tempat lapang....pastilah anak-anak akan ambil peluang bermain-main....tak kiralah di mana..
Walaupun angin agak kencang tapi turun kejap bergambar di Angel of the North statue salah satu mercu tanda kawasan ni....
Ummi dan Arif bergambar kenangan di satu sudut di The Cathedral Durham.
Terima kasih pada Khairizam yang sudi menjadi pemandu pelancong di sini.
Bergambar bersama sebahagian keluarga Khairizam dan Nazimah. Anak-anak biasalah sibuk main game. Aqil pulak jadi jurukamera.
Saturday, 17 October 2009
Kenangan di Durham University - Botanical Garden
Majlis Open house kami serta beberapa rakan yang lain
Open House Minggu Kedua
Subscribe to:
Posts (Atom)